Papan Pintar Haji - Cinta Ummah Marketing

Papan Pintar Haji

Tuesday, September 08, 2015

Ustaz Jasmi menaruh keyakinan terhadap betapa bermain sambil belajar ini mampu merencanakan kepada Anda secara berkesan dan efektif , akan kefahaman serta membina gambaran jelas turutan perjalanan amalan haji , apa yang mesti dibuat dan apa yang mesti ditinggalkan selama...



*********



UPDATE :

Alhamdulillah menjelang OGOS 2017 Pintar Haji telah berjaya dicetak semula dengan edisi kemaskini lebih menarik, lebih informatif dengan tambahan mengenai umrah. 

Nama cetakan kali ini dijudulkan dengan EKSPLORASI PINTAR HAJI.

Maaf telah membuatkan ramai ternanti-nanti.

TERIMA KASIH

UPDATE :

Pada hari selasa bertarikh 01/11/2016, diumumkan  bahawa semua stok Permainan Pintar Haji yang ada dengan kami telah pun HABIS DIJUAL.

Buat masa ini, permintaan untuk membeli permainan ini akan terpaksa DITUTUP.


Pihak kami dalam usaha untuk re-stock semula ABM ini secepat yang mungkin.


Order akan dibuka semula pada tarikh yang akan diberitahu kemudian.


Segala kesulitan amatlah kami kesali. 


Mohon maaf kerana telah membuatkan anda semua ternanti-nanti.

**********   


Bismilahirrahmaanir Rahim.

Saya yakin Anda sudah pun tahu serba sedikit mengenai Papan Pintar Haji ( PPH ) sewaktu Anda membaca tulisan ini.

Papan Pintar Haji ini seperti juga namanya merupakan permainan yang mengasah kefahaman kita terhadap rukun-rukun dan wajibat haji sewaktu mengerjakan haji dan umrah.

Dalam setiap pergerakan dari kotak pertama hingga kotak terakhir, langkah demi langkah anda akan mula diasak dengan persoalan haji, ia berterusan sehinggalah tamat permainan.

Pintar Haji -
ABM Menguji Kecekapan Menyelesaikan Persoalan Mudah Haji & Umrah 















===============
Fun Learning
===============

Fun Learning atau bermain sambil belajar adalah merupakan teras utama yang cuba diterapkan oleh pengasas Papan Pintar Haji ini iaitu USTAZ JASMI BIN AMIN, Guru Cemerlang Pendidikan Islam SMK MALIM , Melaka.

Pengasas sewaktu memenangi
Anugerah Guru Inovatif 2014

Ustaz Jasmi menaruh keyakinan terhadap betapa bermain sambil belajar ini mampu merencanakan kepada Anda secara berkesan dan efektif , akan kefahaman serta membina gambaran jelas turutan perjalanan amalan haji , apa yang mesti dibuat dan apa yang mesti ditinggalkan selama mengerjakan haji dan umrah.

Pintar Haji
- Anugerah Guru Inovatif disampaikan Menteri Pendidikan Dato Idris Jusoh


Dengan method Lihat , Sentuh dan Dengar , pemahaman Anda terhadap sesuatu perkara akan jadi lebih baik dan mantap .

 Ini bakal memberikan Anda pengalaman bermain
sambil belajar yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Pintar Haji
Pengasas Pintar Haji Ustaz Jasmi Amin & Isteri dijemput
oleh pihak TV3 untuk berkongsi mengenai Pintar Haji
dalam rancangan Malaysia Hari Ini


===============
SANTAI
===============

Anda pasti jelas , jika disebut tentang haji , untuk hadir kelas belajar haji sahaja sudah berbulan-bulan masanya.

Setelah tamat belajar , boleh jadi anda sudah faham dengan jelas serta mampu mengingati setiap yang dipelajari dengan baik , yang mana satukah perbuatan yang dilarang semasa haji , yang mana pula yang dibenarkan.

Ketika ini proses mengulang kaji secara berulang kali adalah sangat mustahak.

Kebanyakan dari kita mudah jemu , lebih-lebih lagi jika hasil pengulangan tidaklah begitu memuaskan.

Papan Pintar Haji , yang melibatkan pengulangan demi pengulangan , insyaAllah tidak membuatkan Anda berasa jemu.

Santai , bersahaja , anda tidak akan merasakan seperti sedang berada di dalam kelas pengajian.

=========
SUASANA
=========

Realitinya hari ini semakin ramai orang yang sudah berfikiran terbuka , ini kerana taraf pendidikan mereka yang semakin baik.

Mereka yang berpendidikan ini sememangnya mengimpikan suasana persekitaran yang berteras pendidikan.

Pintar Haji Mendapat Liputan Akhbar


Dengan menjadikan Papan Pintar Haji sebagai salah satu bentuk permainan mengisi masa lapang , ia mengajar masyarakat untuk terdidik memaksimakan masa , dan dalam waktu yang sama tidak mengabaikan tuntutan emosi dan intelektual.

Papan Pintar Haji ini boleh dianggap sebagai perintis kepada pendidikan berteraskan keseimbangan setara antara emosi , intelektual dan spiritual.

Anda sedang bermain , dalam masa yang sama minda tetap diasah dan emosi kekal terurus.

Gambar Hiasan 1
Gambar Hiasan 2










=============
Kesimpulan
============

Papan Pintar Haji ini bolehlah dianggap sebagai alternatif terbaik untuk anda dan masyarakat kita di luar sana bagi menggantikan permainan lain yang sekadar memfokuskan terhadap emosi semata-mata.

Bukan sahaja boleh dimainkan di bersama keluarga dan kawan-kawan , ia juga boleh dijadikan permainan masyarakat bahkan juga dijadikan permainan bertaraf dunia ( yang mungkin diterjemah dalam pelbagai bahasa satu hari nanti ) insyaAllah!


**************
Papan Pintar Haji dijual pada harga ( RM 135 ).

Sebarang Pertanyaan dan Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
019 647 0390 ( Puan Diana )





Anda Mungkin Juga Meminati

0 comments

Mencari Sesuatu ?

Langgan Email Kami

Artikel Terkini

Contact Form

Name

Email *

Message *

Ikuti Kami Di Facebook

Powered by Blogger.