Apa Nilai 1 Ekor Lebah Kepada Anda ? - Cinta Ummah Marketing

Apa Nilai 1 Ekor Lebah Kepada Anda ?

Monday, September 21, 2015

Ukuran tubuh Ratu Lebah jauh lebih besar dan memiliki usia 40-50 kali lebih panjang berbanding lebah-lebah biasa..
lebah





Lebah 1 Spesis Makhluk Kecil Yang Menjadi Sumber 1000 Manfaat 

===================

Bagaimana makhluk yang begitu kecil lagi lemah pada pandangan kita mampu beri manfaat sebegitu besar buat makhluk lain ?


Apakah Corak pemakanan sang Ratu sehingga dikatakan ia mempunyai jangka hayat berpuluh kali ganda berbanding lebah biasa ? 


Lebah mempunyai SUSU ?

Apakah Manfaat Susu Lebah itu sendiri ?


=================

Apa itu Royal Jelly

==================

Royal Jelly ialah Madu Ratu Lebah (atau jeli raja, susu lebah) ialah adalah rembesan lebah madu yang digunakan untuk pemakanan larva, dan juga ratu lebah dewasa. Ia dirembeskan dari kelenjar di dalam hipofarinks lebah pekerja, dan diberi makan kepada larva di dalam koloni, tidak kira jantan atau betina , kasta pekerja atau pendamping sang ratu.
.

Susu Lebah Atau Royal Jelly

.
.
Madu Ratu atau juga dikenali sebagai susu madu kerana warnanya yang putih pekat bermanfaat secara berkesan untuk menurunkan kadar kolestrol , mengubat luka terbakar atau melecur , mempercepat penyembuhan luka , berkesan sebagai anti-biotics.
.
 Komposisi Susu Lebah ini terdiri dari 60%  sehingga 70% air, 12% sehingga 15% protin , 10% sehingga 16% gula, 3% sehingga 6% lemak, dan 2% sehingga 3% vitamin, garam, dan asid amino . Komposisi ini berbeza-beza bergantung kepada geografi dan kawasan. Ia dinamakan Madu Ratu keran fakta bahawa lebah menggunakan Madu Ratu ini semata-mata untuk diberikan sebagai makanan kepada sang Ratu.

===========

Pemakanan

===========

    Ratu lebah diberi makan Royal Jelly dari mulai larva sampai menjadi lebah dewasa.
Sehingga ratu lebah mempunyai kelebihan sebagai berikut :
 
    Ratu lebah mempunyai struktur dan tingkah laku yang sangat berbeda dibanding lebah pekerja.
Sekalipun kedua duanya ratu lebah dan lebah pekerja ialah lebah betina.

Ukuran tubuhnya jauh lebih besar dan memiliki usia 40-50 kali lebih panjang.
Kesimpulannya adalah bahwa yang membezakan lebah pekerja dari ratu lebah, bukan kelaminnya atau genetik/keturunannya melainkan makanannya.

Ratu Lebah ialah merupakan Lebah terbesar di dalam satu satu koloni lebah.


==================

Analisa

==================

   Hasil dari penelitian tersebut di atas membuat para ahli sains berkeinginan untuk mempelajari dan mendalami kajian terhadap bahan apakah sebenarnya yang terkandung di dalam Royal Jelly sehingga ia mempunyai khasiat sedemikian istimewa.
Masa hidup lebah ratu iaitu dari lima sehinhga tujuh tahun sedangkan lebah pekerja hanya berumur sekitar 7 hingga 8 minggu.
Sepanjang hidupnya, lebah ratu memproduksi 3 juta telur dengan berat 3.500 kali dari berat tubuhnya sendiri.
.
.
Lebah hidup dalam satu kumpulan besar di mana
Ratu Lebah menjadi pemimpin kepada
lebah jantan dan lebah betina.


======================

Manfaat dari Royal Jelly

======================

   Melihat dari analisa kandungan Royal Jelly maka dapat disimpulkan kalau Royal Jelly mempunyai manfaat yang banyak sekali bagi tubuh manusia, terutama untuk meningkatkan daya tahan tubuh, serta pemeliharaan kesihatan dan mencegah terjadinya serangan penyakit jangkitan. Secara lebih terperinci dapat disebutkan khasiatnya antara lain:

Meningkatkan kesihatan secara umum.

Membantu memperlambat proses penuaan dan meningkatkan kualiti hidup.

Memperbaiki struktur kulit, sehingga dapat melambatkan proses terjadinya kulit berkedut ,  mempertahankan dan memperbaiki keanjalan kulit, mencegah timbulnya pigmentasi ( bintik hitam pada kulit).

Membantu pertumbuhan rambut dan mencegah tumbuhnya uban (memperbaiki pengeluaran pigmen).

Membantu pertumbuhan kuku.
Memperbaiki kitaran darah.

Meningkatkan daya konsentrasi, daya ingat dan reaksi rangsangan saraf.

Menurunkan dan meredakan stress, kecemasan, tekanan akibat kepenatan.

Memperbaiki nafsu makan dan meningkatkan daya tahan tubuh.

Meringankan beberapa masalah hormon seperti haid yang tidak teratur dan memperlambat masa menopause pada wanita.

Meningkatkan fungsi sistem reproduksi baik pada wanita maupun lelaki yang dengan kata lain meningkatkan kualiti / tahap kesuburan.

Diabetes.

Arthritis/rhemautik.

Anemia.

Tekanan darah tinggi.

Kadar kolesterol tinggi.

Asma.

Dan banyak lagi.


( sumber -wiki )


=============
KESIMPULAN
=============

 Masih banyak rupanya kelebihan lebah , iaitulah sejenis makhluk Allah yang bukan sahaja disebut namanya di dalam Al Quran bahkan Nama Lebah itu menjadi satu Nama Surah daripada seratus empat belas surah yang terkandung dalam Al Quran.

Lemahnya kita berbanding Allah. Allah menciptakan manfaat sebegitu besar daripada seekor lebah kecil .
Hikmahnya supaya kita sedar kalau makhluk sekecil lebah pun tidak mampu kita cipta , apatah lagi makhluk yang lebih gadang seperti gajah atau beruang , jauh sekali ciptaan yang lebih dahsyat iaitulah LANGIT dan BUMI !

Firman Allah menerangkan kelemahan makhluk yang cuba diangkat oleh manusia menjadi Tuhan bahawa seekor lalat pun tidak mampu dicipta ( begitu juga lebah dinisbahkan pada kecilnya ) :

" Sesungguhnya berhala yang kamu sembah itu tidak sesekali akan mampu mencipta WALAUPUN seekor lalat sekalipun mereka semuanya bersidang berhimpun merancang mengkaji jalan untuk menciptanya. "-Al Hajj

" Kemudian diperintah kepada lebah supaya mereka makan dari segala jenis buahan dan bunga bungaan , serta turutlah peraturan Tuhanmu yang telah diilhamkan kepadamu . Daripada perut lebah itu keluar minuman ( madu ) yang berlainan warnanya yang mengandungi penawar bagi manusia. Sungguh pada yang demikian itu ada tanda bagi orang yang mahu berfikir.. "- An Nahl
.
Allahu aalam.

Sekian dulu.
Wassalam



TAGS : Artikel, Blog, lebah, lebah ganteng, lebah kelulut, madu lebah, madu lebah asli, madu lebah kelulut, madu lemon,
.

Anda Mungkin Juga Meminati

0 comments

Mencari Sesuatu ?

Langgan Email Kami

Artikel Terkini

Contact Form

Name

Email *

Message *

Ikuti Kami Di Facebook

Powered by Blogger.