Pantang Larang Ketika Buasir - Cinta Ummah Marketing

Pantang Larang Ketika Buasir

Saturday, June 11, 2016


Supaya proses penyembuhan lebih lancar , sebolehnya usahlah meneran ketika buang air besar , bernafaslah secara normal sewaktu ingin mengeluarkan najis , angkat kaki kanan lebih tinggi dari kaki sebelah kiri dan tekanlah dan urutlah perut sebelah kanan secara perlahan-lahan...
Pantang larang ketika Buasir


Pantang Larang Ketika Buasir


Bismillah

*Sewaktu saya menulis artikel ini , saya sudah pun pulih sepenuhnya daripada masalah buasir yang saya alami sebelum ini. Baca Juga -  Panduan Kecutkan Buasir Dalam 3 Hari

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua :


 Bagaimana proses penyembuhan sakit buasir akan menjadi lebih lancar. Sila baca artikel Pantang Larang Ketika Buasir ini sampai habis ya.


Sebagaimana kita sedia maklum , buasir ini terjadi kerana beberapa sebab antaranya seperti :

  1. Berdiri atau duduk yang terlalu lama . 
  2. Kerap mengangkat bebanan berat .
  3. Mencangkung terlalu lama.
  4. Meneran ketika buang air besar .
  5. Kurang Minum Air Putih.
  6. Banyak makan makanan pedas .
  7. Banyak mengambil makanan atau minuman pahit seperti koko , kopi , sayuran pahit dan sebagainya.
  8. Meninggalkan makanan berminyak .
Dan lain-lain lagi punca yang berkaitan dengan tekanan pada abdomen seperti ibu mengandung , aktiviti yang melibatkan banyak melompat dan seumpamanya.


Baik , setelah kita tahu puncanya , marilah pula kita pergi kepada cara merawatnya pula .

Pantang Larang Ketika Buasir : 1 SOLUSI KEPADA PERMASALAHAN BUASIR

Bagi memastikan buasir yang sedang membengkak surut dan kecut dengan baik , berikut antara cara dan kaedah yang perlu dipraktikkan :

  1.  Amalkan herba yang biiznillah membantu mempercepatkan penyembuhan buasir dari dalam seperti yang pernah saya kongsikan di sini - Majun Buasir Kelantan : Suatu Kaedah Penyembuhan Semulajadi 135% Tanpa Pembedahan . Alhamdulillah ramai yang telah pulih menggunakan herba ini ( BACA JUGA - TESTIMONI PENGGUNA MAJUN BUASIR )
  2. Sewaktu BUANG AIR BESAR , elakkan mencangkung terlalu lama. Setiap 5 minit , jika najis masih belum dapat diteran keluar , sila keluar dahulu dari bilik air dan ambil masa berjalan-jalan sebentar selama beberapa minit. Selepas beberapa ketika barulah masuk semula ke dalam bilik air . InsyaAllah cara ini membantu mengurangkan sakit duduk yang lama sewaktu meneran .
  3. Banyakkan minum air putih , kurangkan atau berhenti minum minuman yang menyukarkan buang air besar seperti minuman koko , kopi dan seumpamanya.
  4. Berhenti sementara makan makanan pedas dan berempah yang panas seperti lada hitam.
  5. Sebolehnya usah meneran ketika buang air besar , bernafaslah secara normal sewaktu ingin mengeluarkan najis , angkat kaki kanan lebih tinggi dari kaki sebelah kiri dan tekanlah dan urutlah perut sebelah kanan secara perlahan-lahan.
  6. Amalkan juga makan minyak zaitun sesudu pagi dan sesudu malam. Campurkan ke dalam segelas air suam. InsyaAllah membantu melancarkan pembuangan najis. Berkesan juga jika diambil sedikit minyak zaitun dan disapu pada bahagian buasir yang terkeluar, insyaAllah buasir akan lebih cepat surut.

Demikianlah serba sedikit petua ringkas bagaimana anda dapat merawat buasir dengan lebih berkesan.

Anda ada pandangan atau petua yang menarik ? Harap ianya dikongsikan di ruangan komentar agar lebih ramai mendapat manfaatnya !



*Disclaimer: 

Ini ialah hasil bacaan , pengalaman dan pemerhatian penulis sahaja dan bukanlah suatu kajian saintifik yang boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas penulis. 

Pembaca adalah dinasihatkan supaya membuat pemeriksaan berkala di pusat rawatan berhampiran bagi mengetahui tahap sebenar buasir yang sedang dialami .

Pembaca berhak membuat pilihan samada mengamalkannya atau meninggalkannya sama sekali.



Anda Mungkin Juga Meminati

2 comments

  1. terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  2. Sama sama Cik.

    Semoga bermanfaat perkongsian ini kerana berpantang juga ialah salah satu cara merawat buasir selain mengamalkan ubat buasir cara kampung seperti yang saya kongsikan di sini --> www.cintaummahmarketing.com/ubat-buasir-cara-kampung-berkesankah

    Terima kasih kembali atas response Cik kepada artikel pantang larang ketika buasir ini.

    Jazaakumullahu khairan jaziilaa

    ReplyDelete

Mencari Sesuatu ?

Langgan Email Kami

Artikel Terkini

Contact Form

Name

Email *

Message *

Ikuti Kami Di Facebook

Powered by Blogger.