Sepetang Bukan Sehari - Cinta Ummah Marketing

Sepetang Bukan Sehari

Tuesday, December 27, 2016

Bila cakap mengenai agama, pastikan kita ajak orang kepada ULAMA, bukan ajak orang kepada diri kita, taksub dengan kita. Tulis pesan dan ingatan, kerana seringkali apa yang dipesan berbalik kepada yang memesan






Sepetang Bukan Sehari : Nota #1




"Bila kamu berada di waktu petang janganlah kamu menunggu waktu pagi, dan apabila kamu berada di waktu pagi janganlah pula menunggu waktu petang" -Ibnu Umar r.a.




Assalaaamualaikum wbt.


Hai. Apa khabar sahabat.

Ku doakan dikau sentiasa beroleh rahmat dan berkat.




Sahabat,

Ku tulis nota ini buatmu, kerana kau terlalu hampir denganku.


Kau sangat mengenaliku.

Sangat mengerti isi hatiku.

Aku bukanlah yang paling suci.

Bukan pula paling tabah dan kuat.



Aku cuma kasihkan kemurnian.

Aku terlalu rindukan senyumanmu yang bahagia.

Bahagia kerana mencintaiNYA



Sahabat.

Ini legasi.

Setelah berkahwin dan berkeluarga.

Runsing,

Memikir nasib anak dan generasi masa depan.

Hidup ini terlalu pendek untuk disia-siakan.



Sahabat,

Aku gagahkan untuk menulis.

Tulis pesan dan ingatan.

Kerna,

Seringkali apa yang dipesan berbalik kepada yang memesan.




Sahabat,

Tak perlu pangkah memangkah, 

Tapi perlu ada keberanian jelaskan prinsip hidup sendiri

Bila cakap mengenai agama, 

Pastikan kita ajak orang kepada ULAMA,

Bukan ajak orang kepada diri kita,

Taksub dengan kita.

Kelak kita akan kecewa.





Sahabat,

Tidak perlu berpanjang lebar,

 Tapi pastikan maksudnya sampai,



Apa yang masih terbuku di fikiran diluahkan,

Yang bersimpul berselirat dihuraikan dileraikan,


Tidak tahu bertanya,

Jika tersalah ditegur terima seadanya,

Usah tuntut hakmu diangkat dan dimulia,


Biasakan diri membantu bukan minta dibantu

Kau akan belajar erti mulia dalam kerendahan jiwa




Sahabat,

Sampai di sini dulu tulisanku buat kali ini

Sehingga bertemu lagi

Maaf jika aku seperti mengajarmu

Tidak!

Bahkan aku menegur diriku sebenarnya

Akhir kalam

Terima kasih kerana sudi menziarahiku

Nantikan notaku buatmu yang seterusnya 

wassalaam




Salam ukhuwwah 

Akhukum Fillah

Mohd Radhi Ab Malik

27 Disember 2016



Anda Mungkin Juga Meminati

0 comments

Mencari Sesuatu ?

Langgan Email Kami

Artikel Terkini

Contact Form

Name

Email *

Message *

Ikuti Kami Di Facebook

Powered by Blogger.