Barang Dah Sampai Terima Kasih - Cinta Ummah Marketing

Barang Dah Sampai Terima Kasih

Tuesday, May 16, 2017


Diari Pelanggan Cinta Ummah ( M )

Dalam berurusan dengan pelanggan kami tidaklah terlepas dari salah dan silap, teguran yang membina amatlah kami hargai. Terima kasih kepada sokongan anda. Tanpa anda siapalah kami.












Diari Pelanggan Cinta Ummah ( M )

Sebenarnya pihak kami amat menitik beratkan kualiti, dan untuk itu perkongsian pengalaman pengguna amat kami nanti-nantikan bagi memperbaiki mutu perkhidmatan kami.

Walaupun jarang-jarang sekali mendapat komentar positif, sesekali mendapat pujian positif pastilah amatlah menggembirakan hati.

Walaupun tujuan kami kali ini ialah untuk kongsikan mengenai aura komen positif tersebut, namun disebabkan komen tersebut masih belum cukup ramai maka kami kongsikan juga bersama antara lain ialah screenshot perbualan kami dengan pelanggan yang telah berjaya menerima parcel kiriman yang dihantar samada ke rumah atau ofis mereka masing-masing.

Tujuan sama iaitu bagi memeriahkan posting kami kali ini.





Bismillahirrahmaanirrahiim

Diari Pelanggan Cinta Ummah ( M )

 : Pernah kena maki?


" Penipu! Penipu! Pulangkan balik duit saya ...?" 

" Takkan kaya nye makan duit haram ...!" 

"Barang aku bila nak sampai b@#%^..?" 

  "Kenapa lambat sangat ya jawab, tak tahu ke dah lama saya tunggu..?" 


Bagi mereka yang dah terbiasa berurusan dengan pelanggan dalam talian, tentu situasi seperti diatas sudah lali buat mereka dan banyak lagi situasi lainnya.

Bagi yang masih baru, mungkin situasi sebegini boleh menyebabkan rasa cuak tidak kurang juga jadi medan yang menyakitkan, pedih yang juga mungkin ambil masa berhari-hari untuk pulih mood sepenuhnya.


Admin juga pernah laluinya, namun setakat ni bila dibalas mesej sedemikian dengan cara baik dan berhemah, secara mudahnya dengan izin Allah ia tidak akan jadi pergaduhan dan seumpamanya.

Perlu ambil masa dan waktu, tidak perlu terlalu segera balas agar lebih berhati-hati tanpa melukakan hati, bayangkan anda sedang berdepan orang yang dalam kesusahan, niatkan untuk membantu, insyaAllah anda mampu jadi lebih tenang dan tenteram akhirnya.


Cuma ia bukanlah fokus admin, sekadar berkongsi bahawa berurusan dengan pelanggan ada pahit-manisnya jua. Jadi dalam posting kali ini admin sekadar ingin fokus kepada beberapa pengalaman admin bersama pelanggan, yang tentunya ialah perkongsian pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan team kami juga kami muatkan bersama mesej dari pelanggan yang sekadar memberitahu bahawa parcel yang dipesan sudah diterima disertai ucapan terima kasih. Bagi kami ucapan terima kasih sudah lebih dari memadai. 


Dikongsikan dengan Bismillaah.





































Terima Kasih Dari Anda Adalah Istimewa Buat Kami.

Kami hargainya dan kami hargai juga kepercayaan anda terhadap kami.


Bagi kami, sesekali menerima penghargaan, bukanlah bererti ia penyudah kepada kebaikan pernah dilakukan. Moga ia dijadikan suatu titik mula bagi langkah kejayaan yang lebih besar dan mulia.

Moga urusniaga kita menjanjikan seribu satu hikmah dan barakah dalam menjalani hari-hari yang lebih baik lagi ceria.


Terima kasih kembali dan salam Ikhlas dari Admin dan Team buat anda semua






Anda Mungkin Juga Meminati

0 comments

Mencari Sesuatu ?

Langgan Email Kami

Artikel Terkini

Contact Form

Name

Email *

Message *

Ikuti Kami Di Facebook

Powered by Blogger.