Cinta Ummah Marketing

Dapatkan Jenama Eksklusif Buatan Muslim Bumiputera Dari Kami | Di sini Kami Mempromosikan Kejujuran, Kecekapan & Ketelusan

Iklan Anda Di Sini

Monday, 16 January 2017

Kelas Talaqqi Al - Quran PERCUMA

ubat herba, ubat lulus kkm, ubat berkesan

Sebaik-baik kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya, sewaktu berpeluang rebutlah selagi masih bernyawa sebelum sampai masa dipanggil menghadapNya


"Aku rasa rugi sangat  sebab tak mampu bantu bila aku dengar masih ada imam solat fardhu yang membuat kesalahan lahnul Jaliyy ( terang lagi jelas kesalahannya pada pengamatan orang awam ) dalam bacaan surah samada Al-Faatihah atau surah lainnya."




Kelas Talaqqi Al Quran Area Sungai Tangkas



Muqaddimah :

"Aku rasa rugi sangat  sebab tak mampu bantu bila aku dengar masih ada imam solat fardhu yang membuat kesalahan lahnul Jaliyy ( terang lagi jelas kesalahannya pada pengamatan orang awam ) dalam bacaan surah samada Al-Faatihah atau surah lainnya."

"Ia, tak salah pun kalau kau nak baca Al Quran dengan lahjah dan slanga orang melayu asalkan tak lari hukum hakam tajwidnya. Cuma bukankah lebih manis dan indah kalau sebutan huruf kau perbaiki supaya bunyinya lebih ke arah sebutan orang Arab ( sebutan Arabiyyah ) ?. Bukankah Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab?"

"Aku harap lebih ramai masyarakat muslim di negara ni yang berminat nak sentiasa perbaharui mutu bacaan Al-Quran. Guru aku cakap, bila sebutan dah baik, walaupun suara kau tak berapa nak elok pun bacaan Al Quran kau akan sedap didengar,APALAGI kalau suara kau memang baik."


"Guru aku kata : Bacaan Al Quran ni kita nak sedapkan dan baiki bukan untuk orang lain tapi untuk diri kita sendiri juga. Supaya bila kita baca Al-Quran kita jadi seronok nak baca lagi dan lagi."


Saya rasa cukuplah beberapa alasan di atas sebagai penguat untuk saya ajukan pelawaan menghadiri kelas pengajian seperti berikut :


Kelas Talaqqi Al Quran Area Sungai Tangkas

 [ Seminggu sekali ] 


Kelas Talaqqi Al Quran ini Terbuka untuk :



 1) Mereka yang mempunyai Asas Bacaan Al Quran Yang Baik.


 2) Mempunyai Asas Ilmu tajwid yang baik.


3) Keinginan kuat untuk meningkatkan mutu bacaan.








Lokasi :  (dicadangkan di rumah persendirian ) Kg Sungai Tangkas, Jalan Reko, Kajang ( hampir dengan UKM)

Masa : 1 jam setiap minggu ( hari dicadangkan ialah isnin bermula pagi sehingga malam  )


Yuran : ( PERCUMA )


*Untuk maklumat lanjut mengenai pengajian boleh hubungi Admin di no 019 647 0390



*Pembimbing ialah penulis sendiri. 

*Terhad kepada (cadangan) 10 peserta sahaja atau seorang peserta bagi setiap sesi.

*Kaedah pengajian ialah pembacaan dari awal surah Al-Fatihah, Al-Baqarah dan seterusnya sehingga akhir surah an-Naas.

*Tempoh pengajian (jangkaan tamat ) ialah kira-kira 2 tahun ( paling lambat ) atau 6 bulan ( paling cepat ) .







Sedikit pengenalan mengenai pembimbing dan pengalaman :

- Nama diberi Mohd Radhi Ab Malik

- Bermula menghafaz Al-Quran sejak kecil pada usia 9 tahun ( Khatam Hafazan pada usia 12 ).

- Melanjut pengajian ke bumi anbiyaa Jordan dalam bidang Fiqh dan Usul pada 2000 dan tamat pengajian pada 2006.

- Sewaktu di Jordan penulis sempat bertalaqqi Al Quran musyafahah dengan guru yang mempunyai sanad sehingga Rasulullah s.a.w. 

- Menyambung pengajian ( yang amat singkat ) ke pondok terusan limbat di kubang kerian kelantan.

- Mengajar Al Quran kepada dewasa dan kanak-kanak di beberapa tempat pengajian Al-Quran sejak 2008 - 2016.

- Aktif dalam program imam tarawih samada anjuran pihak jabatan agama negeri atau inisiatif anjuran jawatankuasa Surau setempat.

- Pernah Menjadi Imam 1 di Masjid Bandar Baru Ampang pada 2011.

-*Penulis masih belajar dan akan terus belajar. Dan sewaktu nota ini dicatat penulis masih lagi belajar dengan beberapa orang guru serta kerap menghadiri majlis-majlis pengajian di pusat pengajian berhampiran.





*Untuk maklumat lanjut mengenai pengajian boleh hubungi Admin di no 019 647 0390






No comments:

Post a Comment