Cinta Ummah Marketing

Dapatkan Jenama Eksklusif Buatan Muslim Bumiputera Dari Kami | Di sini Kami Mempromosikan Kejujuran, Kecekapan & Ketelusan

Iklan Anda Di Sini

Friday, 12 January 2018

Rahmat Pencipta Itu Ada Dalam Ujian Keperitan

Ujian-susah-senang-silih-berganti

Bukanlah dinamakan kehidupan kalau tiada ujian, itu pencerahan yang dijunjung jutaan mereka yang ingin selamat dari murka Tuhan Ar-Rahman, ia berterusan sehingga satu hari jiwa kembali menghadap kemuliaanNya





UJIAN IALAH ANUGERAH


Bismillaahirrahmaanirrahiim


Salam yang paling mulia buat semua. Assalaamualaikum warahmatullah.


Semoga tabah dan bersabarlah setiap orang yang menghadapi ujian dan berjaya kembalikannya kepada Allah.


"Kau selangkah dalam kejayaan."

"Kuatkan semangat dan tambahkan fokus dan ingatan terhadap Allah."


Itu sahaja mampu saya ungkapkan buat anda yang -sewaktu saya menulis ini- sedang menghadapi ujian berat seperti banjir, kehilangan harta, tempat tinggal atau pemergian saudara terdekat buat selamanya.

........


Anda diuji dengan ujian berat.

Bukan kerana anda dilupakan.

Tetapi supaya anda membanyakkan ingatan.

Lagi, lagi dan lagi.


.........

"Kau cakap eh senang, kami yang menanggung sahaja yang tahu hakikat perit dan pedih."

"Berat mata memandang berat lagi bahu memikul."


Ya.

Saya akui saya belum lalui apa yang kalian lalui.

Tapi saya yakin ujian dari Allah itu pasti ada hikmahnya.


"Allah beri  kau ujian lebih berat kerana Allah nak beri lebih ganjaran buat kau.
Allah tahu kemampuan kau menanggung ujian dan kesabaran kau pasti lebih dari aku."


"Allah tak pernah buat sesuatu sia-sia, semua orang perlu yakin hakikat ni."

Itu antara pesan guru yang masih saya ingat, ketika beliau memberitahu mengenai makna ayat : 'Apakah engkau mengira bahawa Allah mencipta kamu sia-sia, dan kamu kira kamu tidak akan dikembalikan?'



Memang tidak sia-sia perbuatan Allah.

Alangkah seninya Allah bilamana setiap manusia dan jin itu akan selang seli menghadapi ujian samada dalam bentuk nikmat kesenangan atau ujian yang menyakitkan.


Ada di kalangan kita menghadapi ujian kegagalan dalam peperiksaan.

Kegagalan dalam rumahtangga.

Kegagalan dalam karier atau perniagaaan atau urusan kewangan harian.

Kegagalan dalam persahabatan.

Kegagalan dalam politik.

Dan beribu macam kegagalan lagi.


"Fuhh.. Letih ya amat."

"Stress gilerr.."



Huhu..

Ramai dari kita pernah hadapi banyak siri kegagalan.

Gagal dalam banyak aspek kehidupan.

Gagal memahami maksud sebenar perjalanan hidup manusiawi.

Hampir kehilangan sesuatu yang amat bernilai dalam kehidupan kerana gagal mendahulukan urusan yang terlebih penting.

Gagal menyesuaikan diri dalam banyak keadaan dan situasi sehingga kerap kali bersendirian ketika menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Gagal menghargai sesuatu kebaikan yang datang dalam kehidupan sehingga dalam banyak keadaan lain dirasakan sesuatu kebaikan yang dihajati amat sukar untuk menjenguk.


Hampir-hampirlah kegagalan itu membunuh jiwa manusia lantaran beratnya tekanan ke atas jiwa - semoga Allah pelihara.

Sedih, emosi kacau-bilau, sepi antara cabarannya.



Ujian bukan hanya ketika kita menelan pahit air liur tatkala sedang lapar, ujian juga ialah bila sedang dalam nikmat namun begitu berat sekali untuk melakukan ketaatan dan meninggalkan larangan.


        Firman Allah bermaksud :
'Kami akan berulang kali menguji kamu dengan sesuatu berupa ketakutan ( kepada musuh ), kelaparan ( kemarau), kekurangan ( kebinasaan ) harta benda, kekurangan (kehilangan ) jiwa, serta kekurangan buah-buahan. Lalu beri khabar gembiralah buat orang yang sabar. Iaitulah mereka yang bila ditimpa ujian atau musibah berkata dan yakin ; Kami ini ialah milik Allah dan hambanya kepunyaannya. Kami pasti dikembalikan kepada Allah.
( Allah janjikan ) bagi mereka rahmat dan mereka tergolong dalam kalangan orang yang beroleh hidayat petunjuk."




Betapa musibah itu perlu dilapik dengan sabar, tabah dan doa yang disertakan keyakinan bahawa alam dunia ini bukan tempat bersenang berseronok bahkan meyakini alam ini ialah penjara sebenarnya.

Petikan dari kalam sayyidil mursalin :
 ' Dunia ini penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang yang kafir.'

.
.


Terkadang ada bisikan mengatakan :
 "Alangkah tak adilnya, kau buat baik bau wangi sekian lama tapi tak pernah hidup senang. Tapi dia buat perangai bau hanyir dapat hidup senang lenang. Eh peliklah."

.
.
Hmm.. Ada baiknya kita dengar kisah berikut ;


Diriwayatkan bahawa apabila tiba saat seorang beriman yang paling susah ( kehidupannya sewaktu hidup di dunia dan tidak pernah hidup senang) dicelupkan sebentar ke dalam syurga, dan orang kafir yang paling senang( kehidupannya sewaktu hidup di dunia dan tidak pernah hidup susah)  dicelupkan sebentar ke dalam neraka, akan ada dialog seperti berikut di antara mereka dan Tuhannya ;
.
.

Maka Allah menanyakan kepada si hamba yang beriman : 'wahai hambaku, apakah dahulu sewaktu hidup di dunia kamu pernah mengalami sebarang kesusahan ?

(Setelah masuk sebentar dan memerhati betapa nikmatnya keadaan di dalam syurga maka belaiu menjawab) : ' Demi Allah, aku dahulu sewaktu di dunia tidak pernah merasakan sebarang kesusahan pun walau sedikit.'

Lalu Allah menanyakan pula kepada si  hamba yang kafir : 'wahai hambaku, apakah dahulu sewaktu hidup di dunia kamu pernah mengecapi sebarang kesenangan?

(Setelah masuk sebentar dan memerhati betapa siksanya kehidupan di dalam neraka maka beliau menjawab) : ' Demi Allah, aku dahulu sewaktu di dunia tidak pernah mengecapi sebarang kesenangan pun walau sedikit.'

.
.
.

Nah, lagi pelik kan?

Saat ini, satu demi satu yang pernah kita anggap sebagai kegagalan bertukar kepada kejayaan.


Ok, masanya untuk gali lubang kejayaan yang sekian lama ditimbus oleh gelap pekat cinta duniawi.


Kalau kejayaan itu perlu mengangguk kepada piawaian kejayaan nilaian manusiawi, nescaya jalan menuju syurgawi itu akan menjadi begitu pelik dan mengelirukan.








No comments:

Post a Comment